Thursday, September 21, 2006
Kisah Cili Boh
Kata HAMKA ( Kenal ke hamka ni? ) Almarhum ulama Indonesia (Haji Abdul Malik Karim Amarullah – HAMKA) Hidup ini tidak lebih dari menarik dan menghembus nafas. Tapi dalam padaitu berbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku. Begitulah hidup kita...dengan berbagai kisah. Ada yang sedih, suka, tragis dsb. Saya tak akan lupa hari menyambut kelahiran anak lelaki saya yang sorang tu...Belum lagi kisah mamak yg tak nak jual kuah kari dengan RM 0.15 ( 15 sen ni pun dikutip dari bawah ampaian rumah kedai atas atap antara bangunan ) Saya pun ada kisah lain selain berkongsi dengan sebungkus maggi...Tapi antara banyak kisah ni,mungkin yg melibatkan antara hidup dan mati lebih bererti....Sepertimana uncle saya mengiringi rombongan meminang yang dikejar dengan senapang patah !!!!! Itu salah satu kisah sedih dalam hidup kita....Ada pulak tu simpan lauk dalam almari pakaian...kesian pakaian tu..lipas pun panik....Segala kisah sedih ni sebenarnya mendewasakan kita...Tanpa cili boh goreng berlada tak akan jadi macam sekarang kan ???? maknyanya lain kali kita tak yah la komplen ngan apa yang kiter ada ek....... dalam almari kain pun ada ikan ......hebat btol orang nih........ saving punya pasal, mesti dier dah senang sngat skang ni kan??........ realiti hidup untuk orang yang "membaca dan berfikir" (Kisah Saya dan Keluarga dulu2) cili boh goreng berlada................(yang berharga 25 sen pada tahun 1985 mungkin tak berharga pada sesetengah orang) lepas puas geledah satu rumah untuk mencari syiling2 yang terselit maka dapat la kumpul RM0.25........ berjaya la beli sebungkus cili boh di kedai Hanipah (yg hampir setengah kilometer jauhnya) yang nostalgia tu......... masa tu punya la seronok dapat beli sesuatu yang boleh dimasak dan punya la nak cepat balik sebab bersemangat nak suruh mama masak nak bagi mama dan nak adik2 yang tengah lapar tu makan.......saya pun berlari la balik........Allah saja nak menguji............. (nak menghapuskan dosa saya) Sampai je simpang lorong 1/19 nak masuk simpang rumah dari jalan besar tu boleh pulak cili boh tu terjatuh, akibatnya plastik tu bocor.....nak tambah sedih lagi bas no 41 pun lalu (masa tu bas mini 41 masih lalu kat dalam).......ramainya orang yg turun dari bas. bayangkan masa tu dunia jadi gelap kejap..............................rasa nak pitam pun ada.............rasa nak nangis guling2 pun ada............rasa takut kena marah pun ada..........rasa nak jadi orang lain pun ada.........rasa nak mati pun ada........jantung rasanya berenti berfungsi jap........tapi yang paling bermain2 difikiran.........."cili boh dah jatuh apa mak dan adik2 aku nak makan" musnah harapan mak dan adik2 aku nak makan Norhanii berlaukkan “cili boh........” Otak dah tak berfungsi lagi untuk fikirkan apa2 pun masa tu......... perasaan malu yg sepatutnya pun dah tak wujud lagi dalam diri waktu tu......... dengan perasaan sayu saya kutip la cili boh yang tinggal tak sampai separuh tu lepas separuh lagi dah ditelan oleh tar jalanraya.........pegi mampus la bagi sapa2 yang melihat (bisik hati kecilku) dan nak cakap apa pun masa tu..........yang penting cili boh ni mesti sampai jugak kat umah untuk mak dan adik2 aku makan...... Jalan balik pun dah slow je lepas kutip cili boh tu..........takut jugak kena rotan ngan mama......... mana tidaknya........punya la susah nak dapat rm0.25sen untuk beli cili boh........pastu cili boh tu jatuh la pulak.........Mmmm....masa tu baru la terfikir tanggungjawab tu adalah sesuatu yang sangat berat untuk dipikul.........walaupun ianya hanya membawa sebungkus cili boh........ dan yang paling buat saya sangat-sangat terharu dan bertambah nak nangis tu masa nak bagi cili boh kat mama,mama di depan pintu umah.......mama tunggu saya balik (mungkin sebab dia lapar) dier tanya"mana cili boh" saya pun hulur la baki cili boh tu sambil berkata "saya mintak maaf...cili boh jatuh, ni je yang tinggal ma" mama ambik cili boh tu sambil jawab balik "takpe la...mungkin ini je rezeki kita" dan terus ke dapur menyediakan apa2 yg patut untuk dimasak..... masa tulah lagi saya rasa nak guling2 nangis sebab saya tak kena belasah mama.......dan berasa sangat bersalah sebab tak dapat sempurnakan tanggungjawab membawa balik cili boh tu dalam keadaan yg sempurna.......... selepas masak mama pun mengajak kami adik beradik makan, makanlah kami sekeluarga sehingga kenyang (berlaukkan cili boh goreng sedikit minyak bekas ikan masin tanpa perasa2 yg lain) sambil saya tidak memperdulikan sesiapa dimeja memaksa tekak menelannya cuma berkata-kata di hati (sampai bila keluargaku akan menikmati makanan begini?) kisah cili boh ni adalah pendorong yang paling hebat dalam hidup saya......... semoga kenangan pahit yang sama takkan berulang kembali dalam hidup keluarga Norhani Ahmad atau pun keluarga Amsyar Haziz Arif atau pun keluarga Ahmad keseluruhannya......... tolong jaga keluarga kiter baik2.......tolong la ambik iktibar di atas kesusahan kita dulu2....... dan tolong la jangan biarkan kesusahan kita dulu2 tu dirasai lagi oleh anak2 kita di masa akan datang......... semoga korang semua diberi kejayaan di dunia dan akhirat dalam apa jugak yang korang buat.......... KALAU INGINKAN PERUBAHAN JADILAH PERUBAHAN YANG ANDA INGINKAN Senang2 nanti saya akan ceritakan kisah “Sebungkus maggi” p/s:- Saya tulis kisah hidup ni dari ptg tadi asyik berenti2 je maklum la sebak di dada setiap kali citer kisah ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)